ARTIKEL

PENGUASAAN BOLA...Perancang tengah KCFC, Petrus Shitembi (kiri), bijak mengawal bola daripada asakan pemain Kitchee SC.

Aidil: Kuching City Layak Menang, Bukan Sekadar Seri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching City FC layak meraih kemenangan selepas mencipta deretan peluang terutama pada babak kedua ketika seri 1-1 dengan Kitchee SC dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 di Stadium Taha Ariffin, malam tadi.

Ketua Jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak berkata meskipun terpaksa berpuas hati dengan satu mata, beliau melihat peningkatan ketara dari segi persembahan, kombinasi permainan dan keberanian anak buahnya memberi tekanan kepada juara Liga Perdana Hong Kong itu sehingga wisel penamat.

“Saya tidak mahu tidak menghormati pihak lawan, tetapi mereka yang menonton perlawanan boleh melihat berapa banyak peluang yang kita cipta dan bagaimana kita memberikan tekanan untuk mendapatkan gol.

Aidil Sharin Sahak pada sidang media selepas perlawanan.

“Namun, itulah bola sepak. Kalau kita tidak menjaringkan gol, kita tidak akan memenangi perlawanan. Bagi saya, kita layak memenangi perlawanan ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, malam tadi.

Kuching City mendahului seawal minit kedua menerusi gol sendiri pemain Kitchee sebelum Everton Camargo menyamakan kedudukan untuk pelawat pada minit ke-14.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat permainan, membolehkan The Cats meraih mata pertama selepas dua perlawanan dalam kempen sulung mereka di ACL2.

Aidil mengakui Kitchee mempunyai pengalaman lebih luas di pentas Asia selain barisan pemain berkualiti yang sudah lama bermain bersama-sama.

Namun, beliau melihat pertemuan itu sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran Kuching City dalam usaha meningkatkan tahap pasukan untuk bersaing dengan kelab terbaik di rantau ini.

Sementara itu Aidil berkata, perubahan taktikal selepas rehat menjadi antara faktor The Cats tampil lebih dominan dan mencipta lebih banyak ancaman pada babak kedua.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU