MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi penggal kedua.
Ab Rauf, 65, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama, Ayer Keroh, pada 12.10 tengah hari.
Istiadat itu disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Salhah Salleh serta calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang menang seperti dilapor Bernama.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Datuk Seri M. Saravanan turut hadir.
Ab Rauf mempertahankan kerusi Tanjung Bidara dengan majoriti 8,615 undi, manakala BN memenangi 21 kerusi dan PN tiga kerusi.




