Abang Johari dilantik Cancelor Kolej Universiti i-Cats

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilantik menjadi Cancelor Kolej Universiti i-Cats hari ini. Watikah pelantikan Abang Johari diserahkan sempena Konvokesyen Ke-23 Sarawak Skills dan Kolej Universiti i-Cats serta pelancaran naik taraf i-Cats menjadi sebuah Kolej Universiti.

Watikah tersebut diserahkan oleh Pengerusi Sarawak Skills yang juga Presiden dan Pro-Cancelor Kolej Universiti i-Cats Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain dan turut disaksikan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Seri Michael Manyin Jawong.

Justeru, Abdul Aziz dalam ucapannya berkata keprihatinan Abang Johari telah diterjemahkan dalam kesudian beliau menerima pelantikan sebagai Canselor Kolej Universiti i-Cats.

“Ini merupakan pelantikan pertama beliau sebagai Canselor di institut pengajian tinggi di bumi Sarawak. Tahniah dan terima kasih Ketua Menteri,” katanya.

Suara Sarawak