ARTIKEL

Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie ketika mengadakan kunjungan hormat perpisahan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, Kuching hari ini. - Gambar ehsan Ramidi Subari

Abang Johari hargai jasa Abang Mohd Shibli selepas 28 tahun berbakti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie yang menamatkan perkhidmatannya selepas hampir tiga dekad berbakti.

Kunjungan hormat itu berlangsung di pejabat Premier di Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini.

Pertemuan berkenaan diadakan sempena persaraan rasmi Abang Mohd Shibli selepas 28 tahun berkhidmat dengan Tabung Baitulmal Sarawak sejak menyertai organisasi itu pada Disember 1998.

Dalam pertemuan tersebut, Abang Johari merakamkan penghargaan atas segala jasa, komitmen dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Abang Mohd Shibli sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Beliau turut mengiktiraf sumbangan besar Abang Mohd Shibli dalam memperkukuh peranan Tabung Baitulmal Sarawak sebagai institusi yang membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat di negeri ini.

Abang Mohd Shibli secara rasminya menamatkan perkhidmatannya pada 9 Jun lalu.

Sepanjang menerajui Tabung Baitulmal Sarawak, beliau memainkan peranan penting dalam memperkukuh organisasi itu menerusi pelbagai inisiatif dan program yang memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh Sarawak, khususnya golongan yang memerlukan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU