ARTIKEL

Abang Johari (tengah) merakam gambar kenangan bersama-sama dengan wakil yang turut serta semasa lawatan ke tapak projek Empangan Hidroelektrik Baleh, di sini, hari ini. | FOTO: UKAS

Abang Johari tinjau projek Empangan Baleh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALEH: Kemajuan pelaksanaan projek Empangan Hidroelektrik Baleh terus menjadi tumpuan sebagai antara inisiatif strategik Sarawak dalam merealisasikan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui utama negeri ini.

Komitmen itu diterjemahkan menerusi lawatan kerja Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke tapak projek empangan tersebut hari ini bagi meninjau status semasa pelaksanaannya.

Sekitar rakaman kenangan ketika Abang Johari meninjau pelaksanaan projek Empangan Hidroelektrik Baleh. FOTO: UKAS

Beliau tiba sekitar jam 11 pagi, diiringi Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi serta Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki.

Ketibaan rombongan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili; Naib Presiden Eksekutif (Penyampaian Projek) Sarawak Energy, Ir. Pramod Kumar Karunakaran serta wakil yang lain.

Dalam hal berkaitan, rombongan lawatan ini dibawa meninjau tapak pembinaan empangan untuk mendapatkan gambaran jelas tentang status kemajuan projek yang dijangka memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan tenaga jangka panjang Sarawak serta menyokong agenda ekonomi hijau negeri ini.

Projek Empangan Hidroelektrik Baleh merupakan komponen utama dalam pelan strategik Sarawak Energy untuk meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui, selaras dengan matlamat Sarawak menjadi pengeluar tenaga lestari utama di Asia Tenggara.

Untuk rekod, Empangan Hidroelektrik Baleh yang mampu menjana 1,285 Megawatt (MW) tenaga elektrik itu juga merupakan empangan hidroelektrik keempat di Sarawak.

Sebelum itu, Sarawak memiliki tiga empangan hidroelektrik dengan yang tertua Empangan Hidroelektrik Batang Ai di Sri Aman yang berkapasiti 100 MW dibina pada 1985 disusuli Empangan Hidroelektrik Bakun di Belaga yang mampu menjana antara 1,700 Megawatt (MW) sehingga 2,110 MW mula beroperasi pada 2014.

Seterusnya adalah, Empangan Hidroelektrik Murum juga di Belaga yang mula beroperasi pada 2015 pula mampu menghasilkan antara 635 MW dan 944 MW tenaga elektrik.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU