ARTIKEL

TRADISI... Abdul Karim ditemani Safiee menunaikan tanggungjawab pada sesi Pemilihan SABERKAS Sesi 2026-2029 sempena Perhimpunan Agung Tritahunan SABERKAS Sarawak Ke-18, semalam.

Abdul Karim, Gerald Rentap kekal terajui SABERKAS Sarawak Sesi 2026-2029

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Dua pemimpin tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) menang tanpa bertanding pada Pemilihan SABERKAS Sesi 2026-2029 yang berlangsung di Hotel Kingwood, di sini, semalam.

Pemimpin tertinggi itu ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang kekal sebagai Presiden SABERKAS selepas menang tanpa bertanding jawatan itu bagi Sesi 2026-2029.

Manakala jawatan Timbalan Presiden SABERKAS yang disandang oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Belia dan Sukan), Datuk Gerald Rentap Jabu, juga kekal selepas menang tanpa bertanding.

TAHNIAH… Safiee mengumumkan keputusan Pemilihan Bagi Jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa SABERKAS Sarawak Sesi 2026-2029 semalam.

Keputusan itu diumumkan oleh ADUN Daro, Dr Safiee Ahmad dan beliau turut dilantik semula sebagai Setiausaha Agung SABERKAS.

Bagi jawatan Naib Presiden, ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan mendapat undian tertinggi sebanyak 220 undi, diikuti Sophie Shariee dengan 171 undi.

ADUN Bukit Semuja John Ilus menduduki tempat ketiga dengan 135 undi, manakala Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee memperoleh 132 undi di tempat keempat.

TANGGUNGJAWAB… Abdul Karim merakam kenangan bersama-sama barisan Jawatankuasa SABERKAS Sesi 2026-2029 serta para perwakilan yang hadir pada pemilihan itu.

Selain itu, seramai 25 calon disenaraikan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa, berdasarkan kedudukan undi yang direkodkan dalam keputusan pemilihan SABERKAS Sarawak bagi Sesi 2026-2029.

Dalam pemilihan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa, Surai Anthony Abell memperoleh undi tertinggi iaitu 242 undi diikuti Awangku Bahar Pengiran Jini dan Awang Nashfarini Awg Sarbini yang masing-masing memperoleh 241 undi, manakala Mohd Faizal Jamiludin mendapat 239 undi.

Selain itu, Mohammad Naieem Samsudin (232 undi), Douglas Chupong Jefferson Jamit (230), Muhamad Tarmizi Karnain Abdah (227), Steve Lius (227), Marcion John (224) dan Julianne Philip Attan (223).

Manakala 15 Ahli Jawatankuasa SABERKAS lain, Mohd Danial, Awang Abdul Razzaq Awang Kaderi, Senator Dato Ahmad Ibrahim, Saiful Hanizam Suhaini, Hilwin Nawet, Spanski Steven, Cheong Ya Liang, Norolhadi Dolla Sabari, Siti Nurain Drahman, Mohammad Terjudin Madli, Tracey Edwina Hughes, Jefferi Johari, Wilson Tan Wei Sheng, Nursyahirah Hamidion dan Nelly Embas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU