ARTIKEL

Abdul Karim: PBB dijangka kemukakan senarai calon hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini dijangka bakal mengemukakan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak.

Naib Presidennya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkara tersebut berkemungkinan besar menjadi agenda utama dalam sidang mesyuarat tersebut.

“Mesyuarat pada malam ini mungkin sangat penting kerana kita tahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 24 November ini.

“Saya melihat mesyuarat itu berkemungkinan besar untuk memaklumkan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) senarai calon-calon.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran ‘Hidden Gems Borneo, Sarawak’ di pejabat Sin Chew Daily, hari ini.

Mengenai Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dijangka akan bertanding di Gedong pada PRN ke-12 nanti, Karim menyifatkan keputusan tersebut sinonim dengan sejarah PBB yang telah memperjuangkan pembangunan luar bandar khususnya terhadap masyarakat bumiputera.

Jelas beliau, Gedong dianggap sebagai kawasan beruntung sekiranya Ketua Menteri menjadi calon di kawasan tersebut, sekali gus bakal menyaksikan iq bakal membangun seperti yang telah dilakukan kepada kawasan Satok.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan