ARTIKEL

Abdul Karim ketika ditemui di kediaman Nancy di Petra Jaya (LEVRONE AIGLE)

Abdul Karim sifatkan pemergian Datuk Kamil Misuari kehilangan besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hubungan persahabatan yang terjalin selama lebih tiga dekad atas dasar minat yang sama menjadikan pemergian seorang sahabat karib sebagai satu kehilangan besar yang sukar diganti.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan Allahyarham Datuk Kamil Misuari sebagai seorang sahabat yang baik hati serta mudah didekati.

“Sejak saya mula mengenali beliau lebih 30 tahun lalu, beliau merupakan seorang yang sangat baik hati. Jika bukan kerana itu, kami tidak mungkin sering mengembara bersama. Apabila saya masih aktif dalam komuniti pemotoran bersama beliau baru-baru ini, hubungan kami menjadi semakin rapat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di kediaman Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di Petra Jaya hari ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada suaminya, Allahyarham Datuk Kamil Misuari yang menghembuskan nafas terakhir pada petang Khamis.

Menurut Abdul Karim, hubungan persahabatan yang terjalin sekian lama itu banyak dibina melalui minat bersama dalam aktiviti kembara motosikal.

Beliau menambah, Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai seorang jurubank serta mempunyai pengalaman bekerja di Sabah sebelum ini.

“Saya agak terkejut dengan pemergiannya walaupun mengetahui beliau mengalami masalah kesihatan berkaitan saraf. Namun ini semua ketentuan Allah SWT,” katanya.

Abdul Karim turut merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Nancy serta keluarga dan berharap mereka tabah menghadapi kehilangan tersebut.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU