ARTIKEL

Tamin, Christopher Gira Sambang, Projek Kecil Luar Bandar, MRP, JKKK, SIDS, Bomba Sukarela, GPS
Gira (enam kanan) dan isterinya, Anita Anthony Ijan (enam kiri), menyerahkan cek MRP kepada ahli-ahli SIDS Selangau pada Majlis Perasmian JKKK Terabai Sekuau.

ADUN Tamin serah geran MRP RM195,000 kepada 19 penerima dari sekitar Selangau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang, telah menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM195,000 kepada 19 penerima di kawasannya pada Sabtu lepas.

Ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Gira (berdiri lima kanan) bergambar dengan penerima cek geran MRP.

Majlis penyampaian cek MRP tersebut berlangsung di Rumah Nicholas Ngerembang Ngelambong di sini sempena Majlis Perasmian JKKK Terabai Sekuau.

Antara penerimanya termasuk 16 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sekitar Selangau, Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Selangau, Persatuan Bomba Sukarela Munggu Lalang serta Kelab Kebajikan Agro Sarawak.

Dalam ucapannya, Gira menyatakan bahawa peruntukan sebanyak RM30,000 diberikan kepada JKKK Rumah Nicholas bagi menyokong pelaksanaan aktiviti dan pembangunan di kawasan tersebut.

Beliau berharap geran ini dapat digunakan dengan bijak untuk memajukan komuniti dan melaksanakan program yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus komited dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Dengan peruntukan ini, kami berharap agar setiap projek yang dijalankan dapat memberi impak positif kepada masyarakat luar bandar,” katanya.

Gira turut menyeru agar rakyat terus memberi sokongan kepada Kerajaan GPS untuk memastikan agenda pembangunan luar bandar dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Kepercayaan anda adalah penting bagi memastikan usaha-usaha pembangunan ini terus berjalan dengan baik,” tambahnya lagi.

Beliau juga menekankan bahawa setiap penerima geran harus memanfaatkan bantuan ini sebaik mungkin demi kebaikan bersama, dengan fokus kepada pembangunan jangka panjang demi kesejahteraan komuniti.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan