ARTIKEL

Jumaat bersama Samri menyerahkan surat pelantikan sebagai Yang DiPertua Majlis Pengakap Bintulu kepada Johnny Pang.

ADUN Tanjong Batu Kini Sah Ketuai Pengakap Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming bersetuju menerima pelantikan sebagai Yang Dipertua Majlis Pengakap Daerah Bintulu susulan kunjungan hormat delegasi majlis berkenaan di pejabatnya baru-baru ini.

Surat pelantikan tersebut diserahkan oleh Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Bintulu, Samri Suhai yang mengetuai kunjungan tersebut.

Naib Presiden Majlis Pengakap Sarawak, Jumaat Ibrahim berkata, pelantikan berkenaan bertujuan memperkukuh kepimpinan serta memantapkan perkembangan gerakan pengakap di daerah ini.

Menurutnya, Pang menyatakan kesediaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut sebaik sahaja menerima surat jemputan yang disampaikan.

Langkah itu dijangka memperkasa peranan Majlis Pengakap Daerah Bintulu dalam merancang serta melaksanakan program berimpak tinggi yang menyumbang kepada pembangunan belia dan penglibatan komuniti setempat.

Sementara itu, Johnny Pang menegaskan bahawa pergerakan pengakap bukan sekadar aktiviti kokurikulum semata-mata, sebaliknya berperanan penting dalam membentuk sahsiah, kepimpinan, disiplin dan kemahiran hidup generasi muda.

Beliau berkata, fokus akan diberikan kepada pelaksanaan program yang mampu menyediakan ruang kepada golongan belia untuk menggilap potensi diri, memimpin serta menyumbang secara aktif kepada masyarakat.

“Kekuatan masa depan Bintulu bergantung kepada generasi muda dan gerakan pengakap memainkan peranan penting dalam membentuk ketahanan diri serta semangat komuniti. Kerjasama erat semua pihak amat diperlukan bagi membina masyarakat yang lebih berdaya saing,” katanya.

Beliau turut menzahirkan komitmen untuk memperkasakan program pengakap yang memberi manfaat menyeluruh kepada belia, selain menyokong pembangunan komuniti di daerah berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU