BINTULU: ADUN Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming mengedarkan kalendar 2024 kepada orang ramai di sekitar kawasan pasar awam di sini.
Pengedaran kalendar itu bertujuan untuk menghargai penduduk DUN kawasannya, khasnya yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau untuk memikul tanggungjawab sebagai ADUN kawasan.
Beliau ditemani kakitangan Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu dan ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintulu.
Dalam kesempatan tersebut, beliau turut mengambil peluang mendengar aduan serta maklum balas penduduk setempat.
Menurutnya, selain mendekati masyarakat setempat, naskhah kalendar tersebut adalah bagi kesenangan penduduk setempat.

