ARTIKEL

Ketua Pegawai Eksekutif AFFIN Islamic Bank Berhad, Syed Mashafuddin Syed Badaruddin ketika berucap pada majlis pembukaan rasmi AFFIN Bank Cawangan Batu Kawah, hari ini yang disempurnakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. - Gambar Ghazali Bujang

AFFIN optimis dengan pembangunan Batu Kawah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembukaan cawangan AFFIN Islamic Bank Berhad di Batu Kawah mencerminkan keyakinan berterusan institusi kewangan itu terhadap potensi pertumbuhan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AFFIN Islamic Bank Berhad, Syed Mashafuddin Syed Badaruddin berkata, pembukaan cawangan ke-13 di Sarawak itu merupakan sebahagian daripada komitmen jangka panjang AFFIN untuk mendekatkan perkhidmatan perbankan kepada komuniti selain menyokong pertumbuhan ekonomi setempat.

“Pembukaan AFFIN di Batu Kawah sebagai cawangan ke-13 di Sarawak membuktikan keyakinan berterusan kami terhadap potensi negeri ini selain komitmen untuk berada lebih dekat dengan masyarakat dan komuniti perniagaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pembukaan rasmi AFFIN Bank Cawangan Batu Kawah, hari ini yang disempurnakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menurutnya, Batu Kawah dipilih kerana kawasan itu sedang berkembang pesat dan mempunyai potensi besar dari segi pembangunan komuniti serta aktiviti perniagaan.

Tambahnya, pembukaan cawangan itu juga selari dengan pelan strategik AFFIN Axelerate 2028 yang memberi fokus kepada perkhidmatan pelanggan, transformasi digital dan perbankan bertanggungjawab.

“Fokus kami bukan sekadar memperluas rangkaian, tetapi memastikan setiap langkah yang diambil memberi nilai, membina kepercayaan serta memberi impak bermakna kepada pelanggan dan komuniti,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU