ARTIKEL

AFFIN perluas rangkaian di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembukaan cawangan AFFIN Islamic Bank Berhad di Batu Kawah mencerminkan keyakinan berterusan institusi kewangan itu terhadap potensi pertumbuhan negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AFFIN Islamic Bank Berhad, Datuk Paduka Syed Mashafuddin Syed Badaruddin berkata pembukaan cawangan ke-13 di Sarawak itu merupakan sebahagian daripada komitmen jangka panjang AFFIN untuk mendekatkan perkhidmatan perbankan kepada komuniti serta menyokong pertumbuhan ekonomi setempat

“Pembukaan AFFIN di Batu Kawah sebagai cawangan yang ke-13 di Sarawak membuktikan keyakinan berterusan kami terhadap potensi negeri ini serta komitmen untuk berada lebih dekat dengan masyarakat dan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pembukaan rasmi AFFIN Bank Cawangan Batu Kawah, yang disempurnakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Menurutnya, Batu Kawah dipilih kerana kawasan itu sedang berkembang pesat dan mempunyai potensi besar dari segi pembangunan komuniti serta aktiviti perniagaan.

Tambahnya, pembukaan cawangan itu juga selari dengan pelan strategik AFFIN Axelerate 2028 yang memberi fokus kepada perkhidmatan pelanggan, transformasi digital dan perbankan bertanggungjawab.

“Fokus kami bukan sekadar memperluas rangkaian, tetapi memastikan setiap langkah yang diambil memberi nilai, membina kepercayaan dan memberi impak bermakna kepada pelanggan serta komuniti,” katanya. 

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU