ARTIKEL

Agenda pembangunan kawasan Parlimen Igan akan diteruskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Ahmad Johnie Zawawi

KUCHING: Agenda pembangunan kawasan Parlimen Igan akan diteruskan termasuk keperluan asas di luar bandar.

Demikian jaminan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi ketika ditemui selepas diumum sebagai ahli Dewan Rakyat secara rasmi.

Beliau menang dengan bergaya selepas meraih 15,825 undian mengatasi pencabarnya Hud Andri Zulkarnaen (1,162) dari Pakatan Harapan.

Kejayaan itu membolehkan Ahmad Johnie menang dengan majoriti 14,662 undi.

“Terima kasih kepada penyokong kawasan P207 Igan dan saya akan terus membawa agenda pembangunan di kawasan parlimen Igan masih lagi tentang keperluan asas infrastruktur di luar bandar.

“Saya memperjuangkan agenda pendidikan untuk kawasan parlimen P207 Igan kerana agenda ini adalah yang paling penting kerana masa depan kawasan ini bergantung kepada generasi hari ini yang harus menjadi generasi yang terpelajar bagi memastikan parlimen kawasan Igan akan terus maju membangun pada masa akan datang,” katanya.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) juga menewaskan calon Hud Andri.

Pada 13 Mei 2020, Ahmad Johnie dilantik sebagai Pengerusi bukan eksekutif Indah Water oleh Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira