BETONG: Mesyuarat Agung Dwitahunan Persatuan Sepak Takraw Bahagian Betong (PSTBB) 2026/2028 diadakan baru-baru ini.
Pada mesyuarat tersebut, Abang Ahmad Abang Suhailie diberi mandat untuk menduduki kerusi nombor satu badan induk berkenaan.
Bekas pesara guru itu menang tanpa bertanding selepas dicalon untuk jawatan presiden.
Sambil, Hamizol Sapong turut menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan presiden pada pemilihan exco baharu badan induk berkenaan.
“Terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir pada mesyuarat tersebut.
“Kepercayaan diberi mereka untuk saya menerajui badan induk ini sememangnya suatu penghormatan yang amat besar,” ujar Abang Ahmad.
Beliau belum dapat memberi gambaran program atau aktiviti yang bakal dilaksana sepanjang tahun ini.
Bagaimanapun katanya, perkara tersebut tetap ada cuma ia masih dalam perancangan awal.
“Kita akan mengadakan mesyuarat bagi membincang secara terperinci perkara tersebut,” katanya.


