ARTIKEL

Premier (tengah) bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara GPS pada sesi perjumpaan bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ahli Parlimen, Dewan Negara GPS bertekad perjuangkan kepentingan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersiap menghadapi persidangan Parlimen dengan tekad terus memperjuangkan kepentingan serta hak Sarawak di peringkat nasional.

Perkara itu menjadi antara fokus sesi perjumpaan bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS, di sini, malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, perjumpaan berkenaan menjadi ruang untuk wakil rakyat GPS berkumpul, bertukar pandangan dan membincangkan isu semasa, khususnya berkaitan kepentingan serta masa depan Sarawak.

“Semoga setiap usaha, ikhtiar dan perbincangan yang digerakkan menjadi wadah untuk terus mengangkat suara Sarawak di peringkat nasional, memperjuangkan kepentingan serta hak Sarawak, dan memastikan pembangunan serta masa depan negeri ini terus terjamin,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Jelas Fadillah, perjumpaan seperti itu sudah menjadi rutin GPS setiap kali persidangan Parlimen bakal bermula.

Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas bermula 5 Oktober hingga 8 Disember 2026, manakala Dewan Negara bersidang dari 30 November hingga 22 Disember 2026.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU