ARTIKEL

Ahli parlimen diseru sokong Pindaan Perlembagaan kerakyatan anak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

 

KHO TECK WAN

KUCHING: Semua ahli parlimen perlu menyokong pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung perkara memberikan kerakyatan secara automatik kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang mempunyai pasangan asing.

Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kho Teck Wan berkata, beliau menyokong gesaan badan bukan kerajaan (NGO) lain yang mahu perkataan “ibu” dimasukkan dalam Jadual Kedua, Bahagian II, Seksyen 1(b).

“Saya gembira mendengar keputusan jemaah menteri untuk memberikan kerakyatan secara automatik kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang mempunyai pasangan asing.

“Bagaimanapun pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan dua pertiga sokongan ahli parlimen.

“Justeru, saya merayu semua ahli parlimen tanpa mengira perbezaan politik untuk menyokong pindaan yang tertunggak itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau jelasnya pada Julai lalu melalui kenyataan menzahirkan kekecewaan dengan keputusan Mahkamah Rayuan Persekutuan yang menafikan pemberian kerakyatan secara automatik kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang mempunyai pasangan asing.

Pada Jumaat lalu, kerajaan menyatakan komitmen untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia.

Keputusan dibuat pada mesyuarat jemaah menteri setelah meneliti dan bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan pada Bahagian I Seksyen 1(1)(d) dan Seksyen 1(1)(e) dan Bahagian II, seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua.

Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman dalam satu kenyataan bersama.

Mengulas hal itu, menteri terbabit berkata, keputusan dibuat sejajar dengan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk mengiktiraf kesamarataan wanita dan lelaki serta menyingkirkan diskriminasi terhadap wanita di negara ini.

Kerajaan juga komited mengatasi kelemahan peruntukan kewarganegaraan yang timbul selain mahu menyelesaikan lambakan kes tertunggak bagi wanita yang terkesan yang memohon kewarganegaraan anak mereka, melalui pendaftaran yang mengambil masa terlalu lama dan tidak munasabah.

Keputusan itu sekali gus memberikan tafsiran yang jelas dan mengelakkan tafsiran berbeza dari mahkamah.

 

BERITA LAIN

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri

BERITA TERBARU

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri