ARTIKEL

Gambar hiasan

Ahli Parlimen UK ditahan semula terkait dakwaan kesalahan seksual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Ahli Parlimen UK Dan Norris, yang digantung daripada Parti Buruh tahun lepas kerana disyaki melakukan kesalahan seksual terhadap seorang gadis, penculikan kanak-kanak, dan rogol, telah ditahan semula, menurut pengesahan polis pada Isnin.

Norris, 66, ditahan semula untuk kali kedua, dituduh melakukan beberapa kesalahan seksual, menurut kenyataan Polis Avon dan Somerset, lapor Anadolu Ajansi.

“Siasatan terhadap dakwaan kesalahan seksual yang berlaku sebelum ini, yang membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia enam puluhan, sedang diteruskan,” menurut kenyataan polis.

Norris, yang dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi North East Somerset dan Hanham pada Julai 2024, digantung daripada Parti Buruh selepas ditahan pada April 2025. Dan kini berstatus sebagai Ahli Parlimen bebas.

“Lelaki itu pada mulanya ditahan pada April 2025 kerana disyaki melakukan kesalahan seksual terhadap seorang gadis (di bawah Akta Kesalahan Seksual 1956), rogol (di bawah Akta Kesalahan Seksual 2003), penculikan kanak-kanak dan salah laku dalam jawatan awam,” kata polis.

Norris tidak menghadiri House of Commons sejak penahanannya, walaupun beliau masih boleh mengundi secara proksi.– BERNAMA

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira