ARTIKEL

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Dr Ahmad Maslan. Gambar fail Bernama.

Ahmad Maslan sah tidak bertanding PRN Johor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISKANDAR PUTERI: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Ahmad Maslan mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata tidak berhasrat bertanding di DUN Benut atau DUN Pulai Sebatang meskipun namanya dikaitkan dengan kedua-dua kerusi berkenaan.

Menurutnya, perkara itu telah dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti bagi memberi peluang kepada calon lain untuk bertanding.

Ahli Parlimen Pontian itu bagaimanapun akan terus membantu calon BN dan UMNO sepanjang kempen pilihan raya negeri berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, 7 Julai bagi pengundian awal dan 11 Julai sebagai hari mengundi PRN Johor seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU