PADA 1 Julai, agensi baharu VANNER KLAP Entertainment mengumumkan bahawa Ahxian meninggalkan nama pentas lamanya.
Sebaliknya mereka membuat promosi di bawah nama diberikannya — Sunggook untuk masa akan datang.
“KLAP Entertainment mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada peminat yang memberikan kasih sayang mereka kepada VANNER.
“Mulai 1 Julai, ahli Ahxian menukar nama pentas kepada nama asalnya iaitu Sunggook.
“Keputusan menukar nama pentasnya dibuat atas pertimbangan kehendak ahli itu sendiri, jadi kami minta anda memberi Sunggook dan VANNER sokongan dalam aktiviti mereka,” kata kenyataan agensi.



