ARTIKEL

Filem Madu Tiga kembali memukau melalui konsert

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Filem komedi klasik Madu Tiga arahan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee kembali memukau peminat menerusi persembahan unik Madu Tiga: Live in Concert oleh Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) pimpinan konduktor Ahmad Muriz Che Rose di Dewan Filharmonik PETRONAS, baru-baru ini.

Persembahan eksklusif anjuran PETRONAS Gas Berhad bersempena dengan An Evening with LinkaranFibre itu mengekalkan tayangan penuh dan dialog asal filem terbitan 1964 berkenaan sambil diiringi gubahan muzik serta nyanyian secara langsung.

Antara karya malar segar yang dipersembahkan seiring dengan babak filem pemenang Filem Komedi Terbaik Festival Filem Asia ke-11 itu termasuklah lagu Madu Tiga, Selamat Pengantin Baru, Pukul Tiga Pagi dan Gambus Jodoh.

Inisiatif pementasan konsert berlatarkan layar perak oleh MPO tersebut membuka ruang kepada masyarakat untuk menghayati keindahan muzik orkestra melalui karya tempatan yang dekat di hati penonton seperti dilapor Bernama.

Seorang penonton, Alia Nabilah Muhammad Sharul Azam, 30, menyifatkan gabungan muzik orkestra dan tayangan filem itu memberikan pengalaman baharu yang sangat mengagumkan selain berharap agar lebih banyak naskhah klasik P. Ramlee diangkat dalam format serupa.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU