ARTIKEL

AKAN BERLANGSUNG...Poster mini kejohanan.

Muaythai Piala Premier Sarawak 2026: Pertembungan 300 Peserta Di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pertembungan membabitkan hampir 300 atlet Muay Thai tempatan dan luar negara bakal ditampilkan pada Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak 2026 di Bintulu bermula dari 15 hingga 18 Oktober ini.

Edisi ke-10 penganjuran kejohanan ini berlangsung di Naim Street Mall Paragon Bintulu yang menyaksikan pembabitan 29 kelab dari enam buah negeri dan lapan negara.

Negeri yang mengesahkan penyertaan kali ini ialah tuan rumah Sarawak, Sabah, Terengganu, Selangor, Pahang dan Johor.

Manakala penyertaan antarabangsa datang dari Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, Yaman, Iran, Sepanyol, Colombia dan Syria.

Selain menyajikan pertembungan sengit membabitkan pelbagai kategori amatur hingga profesional, edisi kali turut dipenuhi dengan pelbagai acara sampingan bagi memeriahkan suasana penganjurannya.

TUMPUAN…Antara peserta terlibat.

Antaranya, persembahan seni bela diri yang menampilkan pertunjukan silat melibatkan pelbagai kelab tempatan yang turut menghimpunkan 130 peserta.

Acara sampingan lain termasuk pertandingan baling damak, slingshot dan e-sukan yang menghimpunkan 400 peserta secara keseluruhan.

Kesemua acara tersebut akan diadakan pada hari pertama (15 Oktober) bermula 7.30 malam.

Manakala pada hari kedua, pertandingan akan bermula pukul 2.30 petang melibatkan kategori amatur, muaysport dan superfight pro.

Aksi akan diteruskan pada Sabtu bermula 8.30 pagi, disusuli majlis perasmian pukul 8 malam yang dijangka disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan kehadiran tetamu kenamaan lain.

Pada malam sama, akan dinobatkan juara keseluruhan bagi merebut trofi utama, Piala Premier Sarawak.

Perlawanan akan diteruskan pada Ahad bermula 8.30 pagi, disusuli penyampaian hadiah pemenang Muay Thai termasuk juara pertandingan baling damak, slingshot, e-sukan dan silat.

Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak 2026 dianjurkan oleh Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Naim Street Mall Paragon, Bintulu serta rakan-rakan strategik yang lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU