ARTIKEL

Khadam dan Malam Terlarang dominasi pencalonan FFM35

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Dua filem seram iaitu Khadam dan Malam Terlarang mendahului senarai lima calon terbaik bagi Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) dengan masing-masing meraih 12 pencalonan termasuk kategori Filem Terbaik.

Menurut Bernama, filem Khadam arahan Shamyl Othman terbitan Red Communications Sdn Bhd dan Komet Productions Sdn Bhd bersaing dalam 12 kategori manakala Malam Terlarang arahan Allahyarham Norhanisham Muhammad terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dan Infinitus Productions Sdn Bhd turut mencatat jumlah pencalonan yang sama.

Persaingan kategori Filem Terbaik turut melibatkan filem Mother Bhumi dan Abah Saya Uncle Mike yang masing-masing menerima lapan pencalonan serta Macai dengan enam pencalonan.

Pengumuman senarai calon akhir itu dibuat oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching pada majlis perasmian di Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) semalam.

FFM35 yang bertemakan Spektrum Sinema akan berlangsung di Istana Budaya pada 21 November dengan menampilkan Datuk Afdlin Shauki dan Amelia Henderson sebagai hos majlis.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU