KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak kagum dengan semangat juang dipamer barisan pemainnya pada aksi tertunda menentang Sri Pahang FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam tadi.
Menurut Aidil, dia tetap kagum meskipun sedar tekanan dihadapi oleh pemain pasukan tuan rumah untuk cuba mengubah keputusan dengan baki perlawanan yang ada.
Ia susulan kelebihan satu gol dimiliki Kuching City hasil jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-14 perlawanan yang terpaksa ditangguh susulan hujan lebat dan padang becak pada aksi 2 November tahun lepas.

Malah, Kuching City FC berjaya menambah gol kedua hasil jaringan Zahrul Nizwan Joe Kifli pada minit ke-90(+2).
“Syukur Alhamdulillah kita berjaya memenangi perlawanan ini dan memastikan tiga mata mutlak dapat dibawa pulang ke Kuching,” ujar Aidil pada sidang media selepas perlawanan.
Kuching City FC untuk perlawanan seterusnya akan menentang Kedah FC, juga untuk aksi tertunda di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 12 Mac ini.
Kemenangan malam tadi menyaksikan Kuching City FC menggumpul 30 mata selepas mengharungi 20 perlawanan setakat ini.


