ARTIKEL

TERBAIK...Aidil Sharin Sahak (tiga dari kiri) merakam gambar bersama-sama Pengerusi Kuching City FC, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman (tiga dari kanan) dan yang lain.

Aidil Sharin jurulatih terbaik ABK 2024-2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mencipta sejarah tersendiri apabila dinobat sebagai pemenang Anugerah Jurulatih Terbaik pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025 di ibu negara, malam tadi.

Jurulatih berpengalaman luas kelahiran Singapura itu mengetepikan dua calon lain iaitu pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio, dan Kinoshi Katsuhito dari Selangor FC.

Pengiktirafan tersebut diberikan sebagai penghargaan ke atas kejayaan luar biasa Aidil dalam membawa perubahan besar kepada prestasi Kuching City FC sejak dilantik pada Ogos 2023.

Mengambil alih tugas daripada Irfan Bakti Abu Salim, Aidil berjaya membentuk pasukan Kuching City menjadi sebuah pasukan yang lebih kompetitif dan berdisiplin di pentas Liga Super Malaysia.

Di bawah kendalian beliau, Kuching City FC menamatkan saingan Liga Super musim 2024/2025 di kedudukan keempat dengan mengumpul 39 mata, hanya satu mata di belakang Sabah FC yang menduduki tempat ketiga.

Pencapaian itu dianggap luar biasa memandangkan Kuching City FC sebelum ini sering bergelut untuk kekal dalam kelompok pertengahan liga.

Aidil Sharin kini dilihat sebagai antara jurulatih paling berwibawa dalam bola sepak Malaysia, dengan pendekatan taktikal moden dan kepimpinan yang berjaya mengangkat potensi anak-anak buahnya.

BERITA LAIN

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik