ARTIKEL

Kredit: FB Ramanan Ramakrishnan Official Media

AIM menang Anugerah Industri Kewangan Islam Global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memenangi Anugerah Islamic Finance News apabila dinobat sebagai ‘IFN Best Islamic Microfinance Institution’ serta menerima dua anugerah di bawah ‘Global Good Governance Awards’ (3G).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan, menerusi perkongsian di Facebook rasminya berkata, anugerah itu adalah bagi kategori ‘3G Leadership Award for Microfinance 2024’ dan ‘3G Excellence in Women Award 2024’.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada AIM kerana sekali lagi diiktiraf di peringkat dunia apabila menang dua anugerah berprestij dalam industri kewangan Islam global.

“Saya cukup berbangga dengan pengiktirafan yang diterima AIM di peringkat antarabangsa yang membuktikan keupayaan dan kemampuan AIM dalam tadbir urus organisasi yang cemerlang dan peranannya memperkasakan wanita tempatan,” katanya.

Beliau berkata penerimaan anugerah berkenaan adalah sebagai bukti serta pengiktirafan terhadap kecemerlangan, pencapaian dan kepimpinan AIM dalam industri kewangan Islam.

Menurut Ramanan, beliau yakin dan percaya anugerah itu merupakan hasil kerja keras serta komitmen padu seluruh kakitangan, disokong oleh rakan strategik yang kekal memberikan kerjasama baik kepada AIM.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua warga kerja AIM yang dipimpin Pengarah Urusan, Mohamed Shamir Abdul Aziz serta sahabat usahawan AIM seluruh negara.

Menurut catatan itu, Pengarah Urusan REDmoney Group/IFN, Andrew Morgan telah menyampaikan anugerah kepada Pengarah Bahagian Operasi Sabah, Alwani Safiei di Adress Sky View, Dubai pada 25 April lepas.

Bagi anugerah 3G pula, AIM diwakili Timbalan Pengarah Urusan (Operasi), Jani Izwandy Che Jan untuk menerima dua anugerah tersebut yang disampaikan oleh Pengerusi Global Good Governance Programme, Prof. Humayon Dar di Shangri-La The Fort Manila di Filipina pada 29 April lepas. — BERNAMA

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri