ARTIKEL

AirAsia

AirAsia tawar tiket RM328 dan RM398 dari KL ke Sarawak, Sabah sempena TBC, Aidilfitri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: AirAsia menawarkan tiket penerbangan tambang tetap dari Kuala Lumpur ke Sarawak dan Sabah masing-masing pada kadar RM328 dan RM398 bagi laluan sehala sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) serta Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, dilaporkan berkata tempahan tiket sempena sambutan TBC dibuka mulai hari ini hingga 24 Februari bagi perjalanan antara 13 hingga 24 Februari, manakala tempahan bagi Hari Raya Aidilfitri dibuka mulai hari ini hingga 26 Mac untuk perjalanan antara 18 hingga 26 Mac depan.

“Inisiatif tambang tetap ini akan menawarkan sebanyak 1,578 penerbangan secara keseluruhan dengan lebih 31,000 tempat duduk,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan dilaksanakan bagi memastikan rakyat Malaysia dapat pulang ke kampung halaman dengan tambang mampu milik semasa musim perayaan, sekali gus menjadikan perjalanan udara lebih mudah diakses oleh orang ramai.

Selain itu, Loke berkata program baucar FLYSiswa bernilai RM400 akan diteruskan tahun ini bagi membantu meringankan kos perjalanan pelajar yang berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Malaysia Timur.

“Inisiatif FLYSiswa untuk tahun ini akan dilaksanakan mulai minggu depan,” katanya.

Semalam, Kementerian Pengangkutan memaklumkan pihaknya akan menganjurkan Karnival FLYSiswa 2026 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Universiti Putra Malaysia, dari 9 pagi hingga 4 petang pada 13 Januari ini.

Menurutnya, pelajar yang layak akan menerima baucar digital bernilai RM400 dalam bentuk kredit simpanan bagi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi sehala atau dua hala dengan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly serta MASwings.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU