
IGAN: Penyandang Kerusi Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengekalkan kedudukanya sebagai Ahli Parlimen Igan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) pada kali ini.
Beliau menang dengan mendapat 15,824 undi iaitu 14,662 undi majoriti.
Peratusan menunjukkan beliau memperolah 93.15 peratus majoriti pada kali ini.
Manakala saingannya dari parti Pakatan Harapan (PH) iaitu Hud Andre pula mendapat 1,162 undi.
Terdahulu dalam PRU-14 2018, Ahmad Johnie mendapat 10,538 undi iaitu 8,495 undi majoriti berbanding Hud yang hanya mendapat 2,043 undi pada ketika itu.




