ARTIKEL

Aksi Kuching FA berdepan Kuala Lumpur dipinda – MFL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR:  Aksi Liga Premier antara Kuala Lumpur dan Kuching FA yang dijadual berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini (9 Oktober) dipinda ke satu tarikh baharu, menurut Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan memaklumkan keputusan itu dibuat susulan proses kuarantin selama 14 hari yang perlu dijalani pemain dan pegawai Kuching FA dari 4 hingga 18 Okt seperti ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Beliau, bagaimanapun berkata perlawanan itu tetap akan berlangsung sebelum undian saingan Piala Malaysia yang diadakan pada 19 Okt.

“Dengan pindaan tarikh perlawanan ini, Kuching FA akan terus ‘berkampung’ di Kuala Lumpur selepas aksi terakhir Liga Premier itu sementara menunggu perlawanan Piala Malaysia tanpa perlu pulang ke Sarawak.

“Kami (MFL) berterima kasih kepada Kuala Lumpur yang turut sepakat untuk meminda perlawanan dengan Kuching FA,” jelas Ab Ghani dalam kenyataan semalam.

Kuching FA yang kini menduduki tangga kelima Liga Premier sudah layak ke saingan Piala Malaysia bermula 25 Okt bersama Kuala Lumpur yang menduduki tempat kedua.

 

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,