ARTIKEL

Abang Johari selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kali Kelima di Ibu Pejabat PBB, di sini, hari ini. (Foto oleh Ramidi Subari)  Menjelas lanjut, katanya dalam penurunan status perlindungan buaya itu, ia hanya boleh dilakukan dalam tempoh tertentu.  Katanya tindakan penakaian buaya adalah dibenarkan, tetapi di luar tempoh tersebut, ia adalah dilarang. “Jadi dalam keadaan sedemikian, macam mana kita nak bunuh (buaya) sembarangan.  “Oleh itu, bagi individu yang tidak tahu terdapat undang-undang antarabangsa berkenaan, mereka kata buaya lebih penting daripada nyawa manusia," katanya. Sebelum ini, buaya dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998. Pada satu ketika, populasi buaya di Sarawak telah berkurangan sehingga ia menjadi spesies yang dilindungi - ketika itu jumlahnya meningkat dan ia menjadi isu. Namun, dengan perubahan dasar, ia telah menjadikan buaya di Sarawak juga bukan lagi disenarai sebagai haiwan liar yang dilindungi susulan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Perdagangan Flora dan Fauna Terancam (CITES) di Johannesburg, Afrika Selatan pada 2016. Apabila buaya dimasukkan ke dalam Lampiran I, pemburuan spesies itu dilarang sama sekali. Berikutan disenarai bawah ke Lampiran II, buaya di sungai Sarawak boleh diburu dan diperdagangkan dengan lesen yang dikenakan.

Aktiviti penakaian buaya di Sarawak harus patuhi undang-undang antarabangsa – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Aktiviti penakaian buaya di Sarawak harus mematuhi undang-undang antarabangsa, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Justeru beliau berkata, Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) sebagai agensi Kerajaan (Sarawak), perlu mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh Undang-undang antarabangsa tersebut. 

“Begini, buaya ini latar belakangnya adalah haiwan terlindung…Jika kita tidak mematuhi undang-undang antarabangsa, ini bermakna kita melanggar peraturan. 

“Oleh itu, kita telah memohon untuk menurunkan status perlindungan buaya, memberi peluang untuk tindakan pengurusan buaya yang sesuai,” katanya ketika ditanya mengenai konflik buaya-manusia yang berlaku di negeri ini di Ibu Pejabat PBB, di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya dalam penurunan status perlindungan buaya itu, ia hanya boleh dilakukan dalam tempoh tertentu. 

Katanya tindakan penakaian buaya adalah dibenarkan, tetapi di luar tempoh tersebut, ia adalah dilarang.

“Jadi dalam keadaan sedemikian, macam mana kita nak bunuh (buaya) sembarangan. 

“Oleh itu, bagi individu yang tidak tahu terdapat undang-undang antarabangsa berkenaan, mereka kata buaya lebih penting daripada nyawa manusia,” katanya.

Sebelum ini, buaya dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998.

Pada satu ketika, populasi buaya di Sarawak telah berkurangan sehingga ia menjadi spesies yang dilindungi – ketika itu jumlahnya meningkat dan ia menjadi isu.

Namun, dengan perubahan dasar, ia telah menjadikan buaya di Sarawak juga bukan lagi disenarai sebagai haiwan liar yang dilindungi susulan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Perdagangan Flora dan Fauna Terancam (CITES) di Johannesburg, Afrika Selatan pada 2016.

Apabila buaya dimasukkan ke dalam Lampiran I, pemburuan spesies itu dilarang sama sekali.

Berikutan disenarai bawah ke Lampiran II, buaya di sungai Sarawak boleh diburu dan diperdagangkan dengan lesen yang dikenakan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU