ARTIKEL

Chen Tang Jie (kiri) dan Toh Ee Wei

All England 2024: Tang Jie perlu lebih sabar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kesabaran yang tinggi akan menjadi kunci utama buat beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sekiranya mahu menewaskan juara dunia 2021 dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai pada aksi pembukaan All England 2024 di Birmingham, England, bulan depan.

Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto berkata pasangan tersebut khususnya Tang Jie gemar beraksi dengan terburu-buru bagi mendapatkan mata berdasarkan persembahan yang ditampilkan ketika tumpas 12-21, 18-21 kepada lawan mereka pada final Masters Thailand 2024, awal bulan ini.

“Saya selalu cakap dengan mereka sama ada tahan atau tidak…permainan mereka (Dechapol-Sapsiree) tidak terlalu bahaya cuma pertahanan sahaja kuat.  

“Pasangan kita harus sabar khususnya Tang Jie, terlalu cepat mahu matikan (permainan) lawan, saya sudah banyak kali cakap kamu terlalu hendak cepat, jadi harus sabar dan cari peluang matikan mereka,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, hari ini.

Berdasarkan rekod enam pertemuan setakat ini, Tang Jie-Ee Wei hanya pernah menang sekali ke atas pasangan ranking keenam dunia itu iaitu ketika suku akhir Terbuka Artik 2023 Oktober lepas.

Dalam pada itu, Nova meletakkan sasaran kepada anak buahnya yang menghuni ranking kesembilan dunia itu untuk mara sekurang-kurangnya ke suku akhir Terbuka Perancis 2024 di Paris pada 5-10 Mac ini sebelum saingan All England 2024 pada 12-17 Mac. 

Katanya, amat penting bagi mereka menampilkan prestasi memberangsangkan pada dua kejohanan tersebut bagi melonjakkan semula ranking ke lapan terbaik dunia, sekali gus mencerahkan peluang untuk menjadi antara lapan pilihan utama pada kejohanan mendatang.

Tang Jie-Ee Wei akan membuka tirai saingan Terbuka Perancis 2024 menentang rakan senegara yang juga gandingan profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Sementara itu, bekas pemain Indonesia itu berharap agar Ee Wei mampu pulih sepenuhnya daripada kecederaan tangan kanan yang dialami sewaktu Masters Thailand 2024.

“Saya rasa mereka sudah bersedia namun sekiranya kondisi (masih) tidak bagus, mereka juga harus menentang,” katanya.

— BERNAMA

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU