ARTIKEL

MARA KE FINAL… Pemain dan pegawai Samarahan meraikan kejayaan mara ke final. - FOTO FAIZAL BUJANG

Samarahan mara ke final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PIALA PREMIER 2026

BINTULU: Samarahan mengesahkan tempat ke final Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan juara bertahan, Bintulu dengan agregat 4-2.

Finalis musim lalu itu tetap berjaya melangkah ke pentas akhir meskipun tewas 0-1 kepada tuan rumah pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Bintulu, petang tadi.

Gol tunggal Bintulu dijaringkan Andy Simon seawal minit keempat, namun keputusan itu belum cukup untuk menafikan kemaraan Samarahan.

Kejayaan tersebut menyaksikan Samarahan sekali lagi berpeluang memburu gelaran juara selepas turut mara ke final pada musim lalu.

Ketua jurulatih Samarahan, Ideris berkata, beliau lega dan gembira dengan kejayaan pasukannya meskipun tewas pada perlawanan kedua.

“Lega dan gembira dengan kejayaan mara ke perlawanan akhir, meskipun tewas pada aksi separuh akhir kedua petang tadi,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

KEJAR… Pemain pertahanan Samarahan, Muhammad Firdaus Fauzi (belakang) cuba merampas bola daripada pemain Bintulu (kanan) pada perlawanan berkenaan. – FOTO FAIZAL BUJANG

Beliau memuji semangat juang tinggi yang ditampilkan pemainnya sepanjang perlawanan meskipun berdepan tentangan sengit tuan rumah.

Katanya, Samarahan mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol, namun gagal menyempurnakan percubaan yang dimiliki.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Mohd Azri Johari turut melahirkan kegembiraan atas kejayaan pasukan itu mara ke final.

“Tahniah kepada semua pemain kerana berjaya memastikan Samarahan sekali lagi mara ke final,” katanya.

Sementara itu, Kuching bakal menjadi lawan Samarahan di pentas final selepas menyingkirkan Serian dengan agregat 8-2.

Kuching mengesahkan kemaraan selepas menewaskan Serian 4-2 pada aksi separuh akhir kedua di Padang Perumahan, Petra Jaya, petang tadi.

BERITA LAIN

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada

BERITA TERBARU

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk