Trending

Altimet penyanyi pertama jadi YB

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PENYANYI rap terkenal Altimet, menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Sabtu. 

Kemenangan Altimet sekali gus menjadikan dia penyanyi pertama bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mewakili suara rakyat Selangor. 

Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, bertanding menerusi Pakatan Harapan (PH) menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslziah Syed Ariffin. 

Altimet menang bergaya apabila mendapat undian sebanyak 26,172 undian dengan majoriti 6,320, manakala Sharifah Haslziah mendapat 19,852 undian. 

Adun Lembah Jaya menyaksikan seramai 65,650 keluar mengundi pada PRN kali ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru