ARTIKEL

Alumni bantu kecemerlangan sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh mencadangkan penubuhan alumni bagi membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah di daerah ini.

Beliau berkata, penubuhan alumni berkenaan bukan sahaja boleh berperanan sebagai platform untuk mengumpulkan semula bekas pelajar tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk menyumbang bakti kepada sekolah.

Malah katanya, alumni mampu merapatkan hubungan bekas pelajar dan guru, di samping mengumpul kepakaran mereka untuk kepentingan bersama.

“Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti boleh dirancang dan diadakan. Alumni juga mampu menjadi tulang belakang kepada sekolah apabila bekas pelajar yang berjaya berpeluang membantu sekolah dan mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyaksikan majlis Penyerahan Bangunan Surau SK Abang Galau, di sini pada Selasa..

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pegawai Daerah Tanjung Manis, Udin Bujang selaku Pengerusi Alumni SK Abang Galau Rajang.

Projek yang menelan kos sebanyak RM22,000 itu bermula Januari dan siap sepenuhnya Oktober lalu. Sementara itu, Len Talif yang juga Adun Kuala Rajang menyumbang seunit pendingin hawa untuk kegunaan dan keselesaan kariah surau berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU