ARTIKEL

Sebastian Ting (baju kuning) mengadakan kunjungan ke kediaman Ariffin (sebelah kiri Sebastian) sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Amalan kunjung-mengunjung pada musim perayaan serlah semangat perpaduan – Sebastian Ting

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Amalan kunjung-mengunjung sempena musim perayaan menjadi tradisi yang membantu menyerlahkan lagi semangat perpaduan yang wujud dalam kalangan masyarakat yang pelbagai di negeri ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, berkata amalan sedemikian juga membantu masyarakat mempelajari serta lebih memahami adat serta budaya suatu kaum.

“Kita sebagai rakyat di Sarawak perlu meraikan kepelbagaian yang kita miliki, terutamanya semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, kita dapat mempelajari budaya kaum dan perayaan ini dengan lebih mendalam, di samping memeriahkan lagi suasana.

“Di Sarawak khasnya, pelbagai perayaan diraikan dengan penuh kegembiraan bersama ahli keluarga, rakan-taulan, dan jiran tetangga tanpa mengira kaum, agama, dan kepercayaan yang dimiliki.

“Ia juga melambangkan keharmonian dalam masyarakat di negeri ini, dan bagi saya, ini adalah keunikan yang kita sebagai rakyat Sarawak perlu banggakan,” katanya semasa mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri di sini semalam.

Sebastian Ting, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, telah meneruskan tradisi kunjung-mengunjung sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan melakukan kunjungan ke kediaman Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di kampung-kampung dalam kawasan di bawahnya.

Antara kediaman yang dikunjungi adalah kediaman Timbalan Datuk Bandar Miri, Ariffin Mohamad, Pemanca Abang Mohamed Datuk Seri Abang Othman, Penghulu Samad Alip, dan Temenggong Datuk Abdul Rahman.

Kunjungan tersebut bermula pada malam Hari Raya Aidilfitri pertama, dan diteruskan lagi dengan mengunjungi lebih 20 kediaman di kawasan tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU