ARTIKEL

Amaran hujan berterusan telah dinaikkan ke peringkat buruk di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Amaran hujan berterusan peringkat waspada (kuning) di Sarawak yang dikeluarkan pada 24 Januari lalu kini ditingkatkan ke peringkat buruk (jingga).

Pengarah Meteorologi Sarawak, Khairul Najib Ibrahim berkata ia dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu) Serta Miri (Subis dan Miri).

Katanya hujan berterusan itu juga dijangka berlaku sehingga 30 Januari ini.

Selain itu, katanya amaran hujan berterusan peringkat waspada (kuning) juga dijangka berlaku di Kapit, Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru dan Marudi) sehingga 30 Januari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU