ARTIKEL

Amaran Ribut Petir Di Enam Negeri Hingga 5 Petang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan enam negeri hingga 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Pahang melibatkan Rompin, Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan seluruh Melaka serta Johor.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) serta Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat).

Cuaca sama diramal di Sabah melibatkan Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau, Semporna dan Lahad Datu) serta Sandakan (Kinabatangan). – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU