ARTIKEL

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lima Negeri Hingga 1 Tengah Hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang hingga 1 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Semenanjung, kawasan terlibat meliputi seluruh Perlis dan Melaka.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.

Kawasan lain yang turut terjejas ialah Selangor membabitkan Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Gombak, manakala di Sarawak meliputi Bintulu serta beberapa kawasan di Miri iaitu Subis, Miri, Beluru dan Marudi.

Sementara itu, MetMalaysia dalam kenyataan berasingan turut mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika (NARRA) yang dikesan di barat laut China hari ini, namun menegaskan fenomena itu tidak memberikan kesan signifikan terhadap Malaysia.

Menurut MetMalaysia, ribut tropika berkenaan dikesan pada latitud 19.9 utara dan longitud 108.0 timur, kira-kira 114 kilometer (km) dari Barat Laut Basuo, China dan 1,650 km dari utara Tumpat, Kelantan setakat 8 pagi ini dengan kelajuan angin maksimum 65 km sejam. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,