ARTIKEL

Datuk Seri Amirudin Shari

Amirudin ambil alih tugas pengarah pilihan raya PKR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: PKR melakukan rombakan struktur pilihan rayanya apabila Naib Presiden parti Datuk Seri Amirudin Shari dilantik sebagai pengarah pilihan raya bersama menggantikan Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar.

Menurut Bernama, pelantikan itu menyaksikan Amirudin akan bergandingan dengan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang kekal memegang jawatan berkenaan bagi memperkukuh gerak kerja pilihan raya parti.

Dalam masa sama, Nurul Izzah akan memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti jentera dan pengukuhan organisasi parti di peringkat akar umbi sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang PKR.

PKR turut melantik Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin sebagai pengarah bilik gerakan utama pilihan raya dengan dibantu bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Ruji Ubi.

Menurut Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh, penyusunan semula itu dibuat bagi memperkemas strategi pilihan raya termasuk penggunaan data, teknologi dan sistem operasi lapangan menjelang cabaran politik akan datang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,