ARTIKEL

Zunimaz memaklumkan ayah kandungnya, Abdul Rahman Sera, dilaporkan hilang sejak sekitar tahun 2000.

Anak cari bapa hilang lebih 20 tahun untuk jadi wali nikah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELAWAI: Seorang wanita dari Kampung Masjid Lama Belawai merayu bantuan orang ramai untuk mengesan bapa kandungnya yang telah terputus hubungan sejak lebih dua dekad lalu, demi menjadikannya wali dalam majlis pernikahan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Bakal pengantin, Nur Zunimaz Aniesyah Abdul Rahman, memaklumkan bahawa ayah kandungnya, Abdul Rahman Sera, dilaporkan hilang sejak sekitar tahun 2000 dan sehingga kini tidak diketahui keberadaannya.

Menurut Aniesyah, kehadiran bapanya amat penting dalam melengkapkan salah satu rukun nikah, iaitu wali daripada keluarga terdekat.

“Saya amat berharap dapat menjejak ayah saya. Jika ada sesiapa yang mengenali atau mengetahui di mana dia berada, saya mohon jasa baik semua untuk membantu,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada keluarga Zunimaz di alamat Kampung Masjid Lama Belawai, 96150 Belawai, Sarawak atau menghubungi 019-6215049 (Zunimaz).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU