ARTIKEL

Awang Mohd Faiz Ahsraf merupakan salah seorang peserta yang terpilih dan layak ke Peringkat Akhir MCOPA. Foto Facebook

Anak Sarawak wakil Malaysia dalam persembahan vokal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Awang Mohd Faiz Ahsraf Awang Mohamad Rakawi merupakan anak Sarawak berjaya terpilih mewakili Malaysia dalam Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) di Long Beach, California, Amerika Syarikat tahun 2024.

Menurut Pengarah Urusan MyCreative Promotion Sdn Bhd, Romli Bidin, Awang Mohd Faiz akan bertanding dalam kategori vokal yang dijadual berlangsung Jun depan.

WCOPA merupakan pertandingan gaya Olimpik antarabangsa yang terulung untuk seni persembahan dengan penekanan pada pendidikan dan pengalaman profesional pemain industri hiburan Hollywood.

Pada tahun lepas, pemain biola dari Sibu, Imran Azim Iskandar meraih pencapaian membanggakan Malaysia apabila dinobatkan juara dunia pada kejohanan tersebut.

Peserta dari 60 buah negara turut mengambil bahagian dalam WCOPA tahun ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU