ARTIKEL

mahkamah, polis, curi, wanita meninggal dunia, didakwa
Lans Koperal Mohd Alifah Mohd Sapie, 35, (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencuri seutas rantai leher dan seutas rantai tangan milik seorang wanita yang meninggal dunia dalam sebuah kereta pada bulan lepasdi tepi jalan Prima Setapak, Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada 2.40 pagi, 1 Oktober lepas.

Anggota polis didakwa curi rantai leher, rantai tangan miliki wanita yang meninggal dunia dalam kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri seutas rantai leher dan seutas rantai tangan milik seorang wanita yang meninggal dunia dalam sebuah kereta pada bulan lepas.

Lans Koperal Mohd Alifah Mohd Sapie, 35, didakwa mencuri rantai leher dan rantai tangan milik seorang wanita berusia 26 tahun di dalam sebuah kereta di tepi jalan Prima Setapak, Wangsa Maju di sini pada 2.40 pagi, 1 Oktober lepas. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Timbalan Pendakwa Raya, Vivi’ Asnita Zaina’ larifin, tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana kesalahan ini tidak boleh dijamin.

Namun demikian, sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pihak pendakwaan mohon jaminan yang tinggi dikenakan kepada tertuduh.

Peguam yang mewakili tertuduh, R. Lavinia, memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga, termasuk isteri dan lima anak. 

Majistret M. S. Arunjothy kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Januari 2025 bagi sebutan kes. 

Media sebelum ini melaporkan bapa wanita berkenaan, yang merupakan bekas pegawai kanan polis berusia 59 tahun, membuat laporan polis selepas mendapati barang kemas dipakai anak perempuannya, ketika meninggal dunia, hilang. – BERNAMA 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU