ARTIKEL

Angka tidak betul – Abg Jo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Angka bahawa Sarawak memegang 4.95 peratus kepentingan dalam Affin Bank dan berminat untuk memperoleh tambahan 15 peratus daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah tidak betul, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu, yang didedahkan dalam laporan sebuah portal baru-baru ini.

“Angka tidak betul…tapi kata orang, kalau tidak ada angin, pokok tidak akan bergoyang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat ke tapak Muzium Warisan Industri Limbungan Brooke selepas menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Kontrak bagi Penyediaan Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) Kerja-kerja Struktur Luar Pesisir Tetap untuk Projek Pemampatan F6 VLAP oleh Brooke Holdings kepada Sarawak Shell Berhad di sini, hari ini.

Dalam laporan portal itu menyatakan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak difahamkan hampir memuktamadkan memorandum persefahaman (MoU) yang akan membawa kepada perjanjian untuk memperoleh pegangan tambahan dalam Affin Bank Bhd daripada LTAT.

Katanya, pada masa ini Sarawak mempunyai 4.95 peratus kepentingan dalam bank itu, dengan kerajaan negeri membeli 112.56 juta saham itu pada pertengahan April tahun lalu pada harga RM1.97 sesaham atau RM221.74 juta secara keseluruhan.

Sementara berhubung sama ada Kerajaan Sarawak akan mengambil alih Affin Bank sebagai ‘entiti strategik’ untuk memacu pembangunan negeri ini, Abang Johari turut enggan mengulas mengenainya.

“Saya tidak berani mengulas kerana Affin Bank adalah syarikat tersenarai,” katanya.

Bagaimanapun apabila ditanya sama ada Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) akan memainkan peranan dalam memperoleh pegangan itu, beliau berkata DBOS berbeza, dengan ia diberi mandat oleh kerajaan negeri untuk membantu dan memberi pinjaman bagi infrastruktur negeri seperti jalan raya, jambatan, bekalan air, elektrik dan sebagainya.

“Semua itu terletak di bawah mandat DBOS, dan kami akan membayar balik setiap tahun.

“Tetapi untuk bank komersial…anda ingat sebelum ini saya pernah memohon lesen bank digital tetapi tidak diluluskan?

“Jadi, bersabarlah…kita lihat apa yang akan berlaku,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais