ARTIKEL

Angkat martabat industri manik Sarawak ke persada dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pengusaha dan pembuat manik, Angelia David Langi ingin berjaya dalam industri manik seterusnya mahu mengangkat industri manik Sarawak ke persada dunia, itulah harapannya ketika ini..

Beliau yang berasal daripada Sri Aman, sudah berkecimpung dalam penghasilan manik seramik ini sejak tahun 2015 sehingga kini.

Malah usahawan wanita ini pernah mengikuti program Innospace serta turut menerima Latihan Kemahiran Seramik dari SIRIM.

“Minat saya dalam menghasilkan manik ini timbul berikutan kejayaan kawan-kawan saya yang menjual produk berasaskan kraf.

“Tambahan pula, ibu saya memang seorang yang pembuat kraf serta dua orang abang saya mempunyai kemahiran dalam seni ukiran dan bertukang,” ujar Angelia.

Beliau turut menceritakan bagaimana cara menghasilkan manik daripada peringkat awal sehingga akhir dengan Suara Sarawak.

“Tanah kering yang diproses pada peringkat awal akan menjadi tanah liat dan akan dibentuk mengikut idea sendiri atau teknik ‘Mocha Diffusion’.

“Manik yang sudah siap dikumpul disebut ‘Firing Bisque’ dan kemudian dibakar dalam suhu 880 darjah Celsius.

“Setelah manik siap dibakar, ia akan dibasuh dahulu untuk membuang kotoran seperti pasir dan akan dijemur sehingga kering.

“Selepas manik kering, barulah proses mewarna dilakukan atau ‘Glazing,” cerita Angelia.

Tambahnya lagi, manik akan disusun atas dawai yang bersuhu tinggi disebut sebagai ‘element wire’ di glazing.

Selepas itu, manik tersebut akan dibakar ataupun ‘Firing Glaze’ dalam suhu 1100 darjah Celsius.

Proses tersebut merupakan proses terakhir bagi membuat manik.

Semua peralatan untuk pembakaran manik di kilangnya, disediakan oleh pihak SIRIM-MINTRED.

“Semua peralatan yang digunakan oleh saya dalam menghasilkan manik ini, banyak yang diimport dari negara luar.

“Ada juga yang dibeli menerusi pembekal seperti Glaze dan element wayar, manakala tanah liat dibeli dari Kuching,” ujarnya.

“Jenis manik yang paling susah dihasilkan ialah jenis manik seramik seperti pasu dan pinggan sebab kosnya adalah tinggi.

Angelia turut memberitahu, selain dari manik seramik, beliau juga ada membuat aneka kraf seperti jahitan dan sulaman kraf manik.

“Malah keuntungan bersih juga tidak menentu kecuali banyak mengikuti ekspo,” ceritanya dengan panjang lebar.

Berkaitan strategi pemasaran pula, Angelia menyatakan beliau menggunakan media sosial dan juga menerusi ekspo.

Di samping itu, beliau juga memiliki kedai untuk menghasilkan produk sambil dibantu oleh para pekerja termasuk kawan-kawannya.

“Saya pernah menerima bantuan daripada Jabatan Pertanian Sarawak dan Jabatan Pertanian Sri Aman dari aspek peralatan yang digunakan.

“Ini termasuk bantuan daripada pihak SIRIM, MINTRED, Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) dan Sarawak Craft Council yang menyumbang peralatan dan tunjuk ajar,” kata Angelia.

Setakat ini aktiviti jualan produknya sangat menggalakan ketika ada ekspo.

“Ramai pembeli yang datangnya dari dalam dan luar negara membeli produk saya kerana mereka menyukai manik Borneo.

“Termasuklah pembeli manik tempatan yang baru mengenali manik seramik Sarawak hasil buatan anak Sarawak,” katanya.

Sepanjang berkecimpung dalam industri berasaskan manik, banyak juga cabaran yang dihadapi oleh Angelia.

Antara cabaran tersebut ialah kos bahan terlalu tinggi, harga yang tinggi dan beliau perlu menjaga kualiti setiap produk yang dihasilkan.

Bagi yang ingin membeli hasil kraf daripada Angelia, boleh datang terus ke Gerai Berkunci 32, Unit Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) ataupun boleh melihat dalam laman sosialnya di Facebook, Antbead.

BERITA LAIN

Ada janji di sebalik emas

Disebalik dua pingat emas Paralimpik dan rekod dunia yang dicipta, Bonnie Bunyau Gustin memegang satu janji yang menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya, iaitu untuk membuktikan

BERITA TERBARU

DENGARLAH

Dengarlah, Bukalah mata Dengarlah rintihan alam yang terluka Usahlah api menjadi keKasih yang membinasakan Usahlah kerakusan menjadi duri yang menikam masa depan Andai alam mampu

DI BALIK WAJAH KEMANUSIAAN

Di bumi yang kian hilang cahaya Manusia tenggelam dalam lautan kerakusan Demi takhta, harta dan kuasa Tergadai maruah, terpadam rasa Tangisan insan menjadi irama dunia