ARTIKEL

Anwar Amzah berhasrat berduet dengan Dayang Nurfaizah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANYI muda, Anwar Amzah, berkongsi hasrat untuk berduet dengan Dayang Nurfaizah selepas berpeluang menjadi pembuka showcase Janji with Dayang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Menurut Anwar, pengalaman itu bukan sahaja berharga, malah membolehkan beliau mempelajari teknik persembahan artis berpengalaman.

“Dayang ialah idola ramai penyanyi baharu termasuk saya. Kalau diberi peluang berduet dengannya, saya pasti berasa bertuah.

“Suara dan auranya berada di kelas tersendiri, dan banyak yang boleh saya pelajari daripadanya,” jelasnya.

Anwar menambah, beliau sangat menghargai peluang tersebut sebagai penyanyi baharu.

“Ia mengajar saya cara mengawal pentas, berinteraksi dengan penonton serta memahami piawaian sebenar dalam industri.

“Setiap penyanyi ada keunikan sendiri, dan pengalaman ini membantu saya mencari identiti saya sendiri,” katanya.

Beliau menyatakan rasa bertuah kerana tidak semua pemuzik muda diberi peluang sebegitu, dan ia menjadi pemangkin untuk dirinya melangkah lebih jauh.

Selain itu, Anwar pernah mengiringi artis terkenal tempatan dan antarabangsa seperti Nadeera, Ernie Zakri, Hael Husaini, Dolla, Raisa, Datuk Seri Rossa, Bernadya dan Fabio Asher.

Single pertamanya, Imaginasi menerima sambutan positif kerana membawa mesej keberanian mengejar impian.

Anak muda kelahiran Kluang, Johor ini mempunyai pengalaman lebih 12 tahun sebagai YouTuber muzik menggunakan teknik memetik tali gitar tanpa menggunakan pick (fingerstyle) dan kini terkenal dengan persembahan akustik tular yang berjaya memikat jutaan tontonan.

BERITA LAIN

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU