KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) selepas berjaya mempertahankan mandat mentadbir Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Beliau berkata kemenangan itu adalah amanah yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab demi kepentingan negeri dan rakyat Johor, selain menggesa semua pihak memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri.
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada pengundi, rakyat Johor dan semua jentera pilihan raya yang bertugas sepanjang kempen dan proses pengundian.
Beliau berkata semua calon Pakatan Harapan, sama ada menang atau tewas, perlu terus berkhidmat membawa suara rakyat.
Kerajaan Persekutuan, katanya, kekal komited memperkasa agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat Johor seperti dilapor Bernama.




