kasih sayang adalah mahluk
berperasaan
dan berjangka
apabila kasih sayang berkata tiada maaf bagimu
bukan Tuhan tidak sayang lagi
namun kau sedang hadapi uji
dan ada yang kau lupai
apabila kasih sayang berkata tiada maaf bagimu
mohonlah keredhaan Allah
dalam hati
untuk di rahmati
agar kelelahan
menghantar kita
ke syurga
apabila kasih sayang berkata tiada maaf bagimu
tempuhilah perjalanan panjang
daripada Allah
nasib kita
bagaimana
apabila kasih sayang berkata tiada maaf bagimu
ketikamu pulang
semuga
keseorangamu
ditemani al quran
SAJALI MOHAMAD
6:36 petang
12.11.2025.



