ARTIKEL

APM Matu membantu menghantar pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ke SMK Matu.

APM Matu bantu 55 calon SPM terjejas banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) hari ini membantu 55 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 10 kampung di daerah ini yang terjejas akibat banjir.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Matu, Leftenan (PA) Jumaat Akasas, berkata operasi yang bermula pada jam 6.30 pagi itu melibatkan Kampung Jemoreng, Sekaan, Bawang, Tian, Sekaan Kecil, Kuala Matu, Pergau, Loba Balu, Sok, dan Berjaya.

APM Matu membantu menghantar pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ke SMK Matu.

“Kita memahami pentingnya peperiksaan SPM bagi masa depan semua pelajar ini.

Justeru, APM Matu akan terus memantau situasi dan bersedia memberikan bantuan bagi memastikan mereka dapat menduduki peperiksaan dengan lancar,” katanya kepada wartawan Suara Sarawak.

Dalam pada itu, operasi khas APM ini mendapat pujian daripada ibu bapa pelajar yang menghargai usaha gigih pasukan keselamatan dalam memastikan keselamatan dan pendidikan anak-anak mereka tidak terjejas walaupun berdepan dengan bencana alam.

Sementara itu, pasukan keselamatan terus memantau rapat situasi banjir di daerah ini berikutan beberapa kawasan masih digenangi air.

Keadaan cuaca mendung yang disusuli hujan renyai-renyai, ditambah fenomena air pasang, menyebabkan beberapa kampung terus terjejas.

“Tiada insiden kecemasan dilaporkan setakat ini dan keadaan keseluruhan masih terkawal.

Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan penduduk agar sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU