ARTIKEL

foto BERNAMA

Arab Saudi Catat Lebih 11.9 Juta Jemaah Umrah Pada Bulan Jamadilakhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dengan kerjasama Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, melaporkan lebih 11.9 juta jemaah dari dalam dan luar negara menunaikan umrah sepanjang bulan Jamadilakhir (bulan keenam dalam kalendar Islam), menurut statistik rasmi.


Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan bahawa angka memberangsangkan itu mencerminkan peningkatan momentum pelaksanaan ibadah umrah serta menonjolkan kecekapan luar biasa perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan bagi melayani para jemaah.


Data itu turut menunjukkan lebih 1.7 juta jemaah umrah tiba dari luar Arab Saudi sepanjang bulan berkenaan.


Kemasukan itu menyerlahkan impak positif platform digital canggih dan perkhidmatan logistik bersepadu yang mempermudah prosedur ketibaan serta membolehkan jemaah melaksanakan ibadah dengan mudah, selesa dan tenang.


Peningkatan berterusan dalam pelaksanaan ibadah umrah itu mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi Arab Saudi dalam memantapkan ekosistem haji, umrah dan ziarah, selaras dengan matlamat Visi Saudi 2030.


Melalui inovasi dan penjagaan berterusan, Arab Saudi menjadikan akses ke dua Masjid Suci lebih mudah sambil menyediakan pengalaman kerohanian menyeluruh yang mengutamakan keselesaan dan keselamatan jemaah umrah pada setiap peringkat – daripada perancangan lawatan sehingga kepulangan jemaah dari negara itu.
— BERNAMA-SPA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road