ARTIKEL

Arahan WhatsApp palsu, syarikat rugi RM327,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah syarikat di sini kerugian RM327,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai pengarah syarikat menerusi WhatsApp dan mengarahkan pembayaran ke dua akaun bank berbeza.

Penipuan itu terbongkar selepas akauntan syarikat mengesyaki nama penerima wang sebelum mendapatkan pengesahan daripada pengarah sebenar.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku pada 15 Oktober lalu apabila seorang pekerja wanita tempatan berusia 26 tahun menerima mesej WhatsApp daripada nombor tidak dikenali ketika berada di pejabat.

Menurutnya, suspek menyamar sebagai pengarah syarikat sebelum mengarahkan mangsa membuat pembayaran pendahuluan bagi tujuan pembaharuan kontrak.

“Mangsa kemudian memaklumkan arahan tersebut kepada akauntan syarikat yang seterusnya melakukan dua transaksi pemindahan wang ke akaun bank berbeza seperti diminta,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, akauntan berkenaan mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena selepas menyemak rekod transaksi dan mendapati nama penerima wang meragukan.

Akauntan itu kemudian menghubungi pengarah sebenar untuk mendapatkan pengesahan, namun dimaklumkan bahawa tiada arahan pembayaran sedemikian dikeluarkan.

Alexson berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap mesej atau panggilan mencurigakan, terutama yang melibatkan arahan pemindahan wang daripada individu yang mendakwa mempunyai kuasa dalam sesebuah organisasi.

Menurutnya, setiap permintaan pembayaran perlu disahkan terlebih dahulu dengan pihak berkaitan, selain mengelakkan pemindahan wang ke akaun pihak ketiga tanpa pengesahan sewajarnya.

Beliau turut menyarankan orang ramai menyemak nombor telefon atau akaun bank yang mencurigakan menerusi portal Semak Mule Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mangsa penipuan juga boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 untuk mendapatkan bantuan.

BERITA LAIN

Bintulu singkirkan ATM, mara ke separuh akhir

BINTULU: Juara bertahan Bintulu mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan ATM dengan agregat 1-0 meskipun terikat seri tanpa jaringan pada

BERITA TERBARU

Bintulu singkirkan ATM, mara ke separuh akhir

BINTULU: Juara bertahan Bintulu mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan ATM dengan agregat 1-0 meskipun terikat seri tanpa jaringan pada